Anwar tanding di Tambun: Kita lawan, tiada masalah, kata BN Perak

Anwar tanding di Tambun: Kita lawan, tiada masalah, kata BN Perak

Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad berkata kerusi itu milik Umno sebelum terlepas kepada Bersatu pada PRU14.

Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad berkata gabungan itu sedia berdepan dengan nama besar dalam pakatan pembangkang yang berhasrat bertanding di negeri itu pada PRU15. (Gambar Bernama)
LENGGONG:
Barisan Nasional (BN) Perak menzahirkan keyakinan bahawa gabungan politik itu mampu menguasai kembali kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Perak, Saarani Mohamad, berkata kerusi itu adalah milik Umno sebelum terlepas kepada Bersatu pada PRU14.

“Kita yakin boleh memenangi (kerusi) Parlimen Tambun kerana kita sudah buat kajian sendiri,” katanya kepada pemberita pada program Hari Bertemu Rakyat Dewan Undangan Negeri Kota Tampan di Dataran Tasik Raban.

Kerusi Parlimen Tambun kini disandang timbalan presiden Bersatu yang juga Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu.

Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau sedang mempertimbang cadangan untuk bertanding di kerusi itu pada PRU15.

Diminta mengulas kenyataan Anwar, Saarani yang juga ketua Umno negeri dan menteri besar Perak berkata BN sedia berdepan dengan nama-nama besar dalam pakatan pembangkang yang berhasrat bertanding di negeri itu pada PRU15.

“Sesiapa yang bertanding di Perak, kita lawan, tidak ada masalah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.