5 negeri terima amaran cuaca buruk pagi ini

5 negeri terima amaran cuaca buruk pagi ini

Amaran cuaca buruk dikeluarkan untuk negeri di Perak, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Perak, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak antara lima negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 10 pagi ini.
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan lima negeri sehingga 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri Perak, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak sementara Negeri Sembilan membabitkan Port Dickson.

“Sarawak pula membabitkan dua kawasan iaitu Samarahan dan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga),” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.