Loke beritahu sebab mengapa PRU15 dijangka paling sengit

Loke beritahu sebab mengapa PRU15 dijangka paling sengit

Setiausaha Agung DAP itu berkata sesiapa yang dapat undi tertinggi walaupun bukan majoriti, hanya dengan 30% undi turut dapat menang, dalam konteks persaingan pelbagai penjuru.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, senario pada masa ini sudah berubah jika dibandingkan dengan gabungan yang paling kuat, iaitu Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang mempunyai simpanan tetap di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak.
PETALING JAYA:
Persaingan lebih tiga penjuru yang terdiri daripada pelbagai gabungan menjadikan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai pilihan raya paling sengit kerana peralihan undian yang sukar untuk diramalkan.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, senario pada masa ini sudah berubah jika dibandingkan dengan gabungan yang paling kuat, iaitu Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang mempunyai simpanan tetap di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak.

“Tapi sekarang, BN tak ada di Sabah dan Sarawak lagi dah. Daripada 14 parti, kini tinggal empat parti sahaja. Lepas PRU14, BN dah pecah dah. Parti-parti Sarawak keluar sendiri dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Di Semenanjung, kita ada tiga gabungan besar, iaitu BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Jangan lupa PN ini sebahagian daripada kerajaan hari ini dan mempunyai kelebihan dengan partinya Bersatu dan PAS yang memegang banyak negeri.” katanya menerusi siaran langsung di Facebook.

Katanya, keadaan itu bertambah sengit lagi dengan Warisan yang ingin masuk bertanding di kawasan Semenanjung serta Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipimpin oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Macam mana undi itu akan beralih? Kita tak tahu lagi, tidak ada sesiapa yang akan tahu. Sekarang semua pihak yang hanya membuat ramalan sahaja. Sehingga hari pengundian baru boleh buat analisa.

“Dalam konteks persaingan pelbagai penjuru ini, undi akan pecah-pecah. Sesiapa yang dapat undi tertinggi walaupun bukan majoriti dia akan menang. Yang dapat 30% undi itu dah boleh menang.” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.