Tangki air SMK Melor pecah, beberapa pelajar dilaporkan cedera, kata Radzi

Tangki air SMK Melor pecah, beberapa pelajar dilaporkan cedera, kata Radzi

Menteri Kanan Pendidikan berkata insiden itu berlaku hari ini di mana tangkir air itu menghempap laluan pejalan kaki di sekolah berkenaan.

Keadaan laluan pejalan kaki di SMK Melor, Ketereh rosak selepas kejadian tangki air pecah hari ini. (Gambar Facebook Radzi Jidin)
PETALING JAYA:
Beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, Ketereh, Kelantan dilaporkan cedera selepas tangki air sekolah itu pecah hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin ketika memaklumkan perkara itu berkata, tangki air itu pecah dan menimpa laluan pejalan kaki di sekolah berkenaan.

“Setelah selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara sebentar tadi, saya menerima berita mengenai kejadian tangki air pecah di SMK Melor.

“Ada beberapa pelajar cedera dan mereka telah di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya di Facebook.

Radzi berkata, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Kelantan segera melaksana kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah tersebut.

Katanya, ini bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah berkenaan sentiasa berada dalam baik dan selamat untuk kegunaan warga sekolah.

“Sama-sama kita doakan agar mereka yang terlibat dalam insiden ini diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.