
Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima aduan pada 11.26 pagi daripada mangsa, seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai pengurus barangan dalam talian.
Katanya, suspek yang menaiki Perodua Myvi menyamun mangsa kira-kira 8.30 pagi di hadapan kedai di kawasan Jalan Sungai Jati, dengan menggunakan senjata menyebabkan kerugian RM3,000.
“Siasatan juga mendapati, terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kejadian itu berlaku dan mangsa ada menularkan rakaman video itu di media sosial,” lapor Harian Metro.
Beliau berkata, kira-kira 10.55 pagi, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kereta terbakar di Taman Sentosa dan siasatan mendapati kereta itu kenderaan sama digunakan ketika menyamun mangsa.
“Semakan berdasarkan nombor casis dan nombor enjin kereta itu mendapati kereta terbabit dilaporkan hilang pada 14 Jul lalu,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.