Kumpulan pertama pekerja Bangladesh tiba hari ini

Kumpulan pertama pekerja Bangladesh tiba hari ini

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh memaklumkan, permohonan daripada 80 majikan tempatan melibatkan penggajian seramai 6,000 warga Bangladesh.

Malaysia menandatangani MoU dengan Bangladesh pada Disember tahun lalu untuk pengambilan pekerja asing dari negara itu.
PUTRAJAYA:
Malaysia menerima kemasukan kumpulan pertama pekerja warga Bangladesh hari ini, kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Beliau berkata, kemasukan itu susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) Mengenai Penggajian Pekerja Warga Bangladesh yang ditandatangani Malaysia dan Bangladesh pada 19 Dis tahun lalu.

Menurutnya, MoU yang berkuat kuasa selama lima tahun sehingga Disember 2026 itu, ditandatangani beliau yang mewakili Malaysia dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Imran Ahmed di ibu negara.

“Kumpulan pekerja ini akan digajikan untuk sektor pembuatan dan pekerja warga Bangladesh berkenaan akan masuk ke Malaysia secara berperingkat mulai hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh pada minggu lalu telah mengesahkan permohonan daripada 80 majikan tempatan melibatkan penggajian seramai 6,000 warga Bangladesh.

Katanya, majikan telah membuat bayaran levi kepada Jabatan Imigresen dan bercadang menggajikan pekerja warga Bangladesh, boleh memohon pengesahan penggajian serta dokumentasi seperti kontrak pekerjaan dan pesanan kerja ke Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.