
PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan Jabatan Agama Islam Johor (Jainj) direman empat hari kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu dua tahun lalu.
Perintah reman terhadap kadi daerah itu dikeluarkan Majistret R Salini di Johor Bahru.
Sumber dipetik Utusan Malaysia berkata, suspek berusia 51 tahun itu ditahan kerana mengemukakan tuntutan palsu berkaitan elaun perjalanan dalam negeri untuk Oktober 2020 ke Bahagian Kewangan Pejabat Kadi Daerah.
Tertuduh dikatakan membuat tuntutan menggunakan kenderaan persendirian, sedangkan beliau menghadiri program anjuran Jainj menggunakan kenderaan jabatan.
Kadi yang berpakaian lokap itu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira 8.30 pagi tadi sambil diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.