Kerajaan peruntuk RM50 juta bawah Program Pembiayaan PEMULIH Newbiz, bantu perniagaan mikro

Kerajaan peruntuk RM50 juta bawah Program Pembiayaan PEMULIH Newbiz, bantu perniagaan mikro

Program pembiayaan itu meliputi permohonan membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan atau pembelian motosikal untuk perniagaan e-hailing.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS, Serdang hari ini. (Gambar Bernama)
SERDANG:
Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk individu termasuk siswazah yang berminat memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah menerusi Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata program pembiayaan melalui Agrobank itu turut meliputi permohonan untuk membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing.

Berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022, Ismail berkata program itu menawarkan pembiayaan sebanyak RM5,000 bagi peringkat pertama dan RM10,000 bagi peringkat kedua.

“Pemohon diberikan moratorium bagi tempoh enam bulan pertama dan dikenakan tiga peratus kadar keuntungan bagi bulan ketujuh dengan tempoh maksimum pembiayaan sehingga 60 bulan atau lima tahun,” katanya.

Turut hadir pada perasmian MAHA 2022 itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.