
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 25 tahun memandu kereta jenis Proton Wira ditahan pada 11.30 pagi.
Menurutnya, anggota Batalion 8, Pasukan Gerakan Am menjalankan pemeriksaan dalam kereta itu sebelum menemui sangkar mengandungi 14 ekor anjing.
“Siasatan mendapati, kesemua anjing itu dianggarkan bernilai RM112,000 dipercayai diseludup dari Thailand.
“Suspek telah ditahan dan kesemua anjing itu dibawa ke Balai Polis Lalang Pepuyu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Kosmo.
Menurut Muhamad Zaki, anjing itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Maqis 2011,” katanya.