Kuching, Kota Kinabalu terima amaran cuaca buruk pagi ini

Kuching, Kota Kinabalu terima amaran cuaca buruk pagi ini

Amaran cuaca buruk turut dikeluarkan untuk Bau, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kanowit, Mukah, Tanjung Manis dan Kapit.

Amaran cuaca buruk itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kuching dan Kota Kinabalu antara kawasan yang menerima amaran cuaca buruk pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Facebooknya berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu turut melibatkan daerah Bau, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kanowit, Mukah, Tanjung Manis dan Kapit.

Di Sabah, kawasan dijangka terjejas adalah Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang serta Labuan.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.