2 lagi ditahan berkait kes rekrut pekerja asing

2 lagi ditahan berkait kes rekrut pekerja asing

Seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik agensi pekerjaan ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Sumber berkata, ahli perniagaan itu disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta, manakala pemilik agensi pekerjaan disyaki merasuah sebuah syarikat berhubung permohonan pekerja asing.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman dua lagi individu berhubung dakwaan rasuah dikaitkan dengan pengambilan pekerja asing.

Ini menyusul penahanan lapan yang lain semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Sumber SPRM berkata, dua suspek lelaki itu ialah ahli perniagaan dan pemilik agensi pekerjaan berusia 30-an dan 50-an yang ditahan kira-kira 10 malam Rabu serta tengah malam tadi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Ahli perniagaan itu disiasat kerana menerima rasuah lebih RM1 juta, manakala pemilik pemilik agensi pekerjaan itu disyaki menyogok sebuah syarikat yang menyediakan platform bagi permohonan pekerja asing,” katanya.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman tiga hari kepada dua suspek terbabit bermula hari ini.

Semalam, SPRM menahan lapan individu, dengan enam daripadanya direman tiga hari hingga esok, manakala dua lagi, seorang lelaki dan seorang wanita, dilepaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka diambil.

Lapan individu itu, termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat IT berusia 50-an, yang didakwa menerima rasuah antara RM800 dan RM1,500.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut.

Bulan lalu, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri bersetuju membenarkan pekerja asing dari 15 negara sumber bekerja dalam industri pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.

Keputusan itu dicapai berikutan mesyuarat antara dua kementerian itu untuk membincangkan pengambilan dan pembekuan pekerja asing yang diumumkan Jakarta.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, kementerian tertentu dilantik untuk menguruskan pengambilan pekerja asing dalam industri terbabit, iaitu Kementerian Pengangkutan bagi pengambilan pekerja berkemahiran rendah dalam subsektor gudang darat, sementara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk industri sarang burung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.