PN masih perlu ‘sentuhan’ Muhyiddin, kata PAS

PN masih perlu ‘sentuhan’ Muhyiddin, kata PAS

PAS berkata pengalaman bekas perdana menteri itu selaku pengerusi PN penting untuk kempen PRU15 dan selepasnya.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata pada pandangan parti dan beliau sendiri, khidmat Muhyiddin Yassin masih diperlukan untuk menerajui Perikatan Nasional pada masa depan.
PETALING JAYA:
Muhyiddin Yassin masih diperlukan untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan kepimpinan masa depan, kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, pengalaman Muhyiddin selaku pengerusi Perikatan Nasional (PN) masih diperlukan bagi kempen PRU15.

“Pada pandangan parti dan saya sendiri, dia masih diperlukan untuk menerajui PN bukan hanya untuk PRU15 ini sahaja tapi untuk masa akan datang.

“Tapi kalau dia sendiri merasakan tak nak teruskan, itu hak dia. Kita tak boleh kata apa,” katanya menurut Berita Harian.

Terdahulu, Muhyiddin berkata, PRU15 mungkin menjadi penggal terakhirnya untuk bertanding sebelum bersara daripada politik.

Beliau berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada sebarang keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bertanding pada PRU15 akan datang, sekiranya parti memutuskan beliau layak dipilih sebagai calon, sekali gus menjadi penggal terakhir buatnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.