
Dalam sidang media, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata cadangan pindaan itu adalah bagi melindungi parti daripada sebarang kelompongan dalam Akta Anti-Lompat Parti.
“Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti yang diketuai oleh Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen telah diberi tanggungjawab untuk membincangkan perkara tersebut secara teliti dan mengemukakan cadangan pindaan tersebut kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat dalam tempoh sebulan,” kata Loke.
Sehubungan itu, katanya, DAP akan mengadakan satu kongres khas pada 25 September ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan itu.
Kata Loke, cadangan itu juga perlu mendapat persetujuan daripada wakil-wakil yang berhak menghadiri kongres tersebut.