
Tertuduh, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad, 40, dan V Kunasekaran, 57, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.
Weshal mengaku tidak bersalah atas 16 pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 16 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan mohon dibicarakan.
Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin tempatan dan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Kunasekaran juga mengaku tidak bersalah atas 16 pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 16 Pertuduhan Pilihan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan mohon dibicarakan, lapor Harian Metro.
Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin tempatan dan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa menipu dengan memperdayakan Mitra melalui baucar pembayaran PIN dalam Laporan Berkala Prestasi Pelaksanaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia bagi peruntukan penceramah yang berjumlah keseluruhan RM133,120.
Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kalaivani.
Mahkamah menetapkan 6 Sept sebutan semula kes.