Amanah WP bawa usul pinda perlembagaan parti, selaras kelulusan RUU anti-lompat

Amanah WP bawa usul pinda perlembagaan parti, selaras kelulusan RUU anti-lompat

Usul pindaan itu termasuk memecat keahlian secara automatik wakil rakyat dan senator yang melanggar keputusan parti akan dibawa ke Konvensyen Amanah Nasional pada September.

Ketua Amanah Wilayah Persekutuan Hatta Ramli berkata partinya menjadi entiti politik pertama meminda perlembagaan selaras kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Anti-Lompat Parti pada 28 Julai.
KUALA LUMPUR:
Amanah perlu meminda perlembagaannya selaras kelulusan rang undang-undang (RUU) anti-lompat parti, pada Khamis, kata Ketua Amanah Wilayah Persekutuan Hatta Ramli.

Katanya, selain itu, mana-mana Ahli Parlimen, senator atau ADUN yang bertindak melanggar keputusan parti juga secara automatik hilang taraf keahlian dalam parti.

“Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan 2022 sebulat suara menerima usul supaya mana-mana Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara atau ADUN yang bertindak melanggar keputusan parti atau whip parti atau dengan sengaja dan secara terbuka menghina, mencemar atau menjatuhkan maruah parti, adalah secara automatiknya hilang taraf keahliannya dalam parti,” katanya dalam kenyataan.

Hatta yang juga bekas timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi, berkata langkah meminda perlembagaan parti itu perlu demi memastikan ia selaras peruntukan dalam RUU apabila ia berkuat kuasa sebagai akta penuh kelak.

Katanya, usul pindaan itu akan dibawa ke Konvensyen Amanah Nasional pada September ini.

Beliau berharap Amanah menjadi parti politik pertama mengambil langkah meminda perlembagaannya selepas RUU anti-lompat parti lulus di Parlimen dengan majoriti dua pertiga, pada 28 Julai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.