
Ketua sayapnya, Zahida Zarik Khan berkata, mereka sentiasa bekerja keras untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN), dengan syarat, calon pilihan raya itu memahami aspirasi dan pemerkasaan wanita.
“Lelaki yang menjadi ‘MCP’ (lelaki cauvinis), yang menganggap mereka melebihi orang lain, tidak sepatutnya mendapat tempat dalam BN,” katanya dalam ucapan pada konvensyen Puteri BN hari ini.
Beliau berkata, gabungan itu mesti mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berpandangan seksis dan perkauman, dan mereka yang suka mempersendakan dan memperlekehkan wanita.
“Apabila seluruh negara berasa jijik dengan orang seperti mereka, parti tidak boleh mengharapkan kita menyokong mereka. Tidak boleh, abang!” katanya tanpa menyebut individu maksudkan.
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini yang tumpuan, menerima teguran kerana kenyataan seksis terhadap beberapa Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga didakwa menggunakan kata-kata kasar selepas mematikan mikrofon ketika kekecohan berlangsung. Pemimpin Umno itu menuduh Ahli Parlimen wanita DAP sebagai “biadap” dan “tidak senonoh”.
Beliau memetik komen Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dari DAP, yang menuduhnya dan rakan dalam BN seperti Bung Moktar Radin dan Abdul Azeez Abdul Rahim, sering membuat kenyataan seksis di dewan rakyat.