
Perintah reman ke atas pekerja kilang berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Aina Ahmad di Mahkamah Majistret Sungai Petani.
Polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, menurut Utusan Malaysia.
Dalam kejadian kira-kira 2 petang kelmarin, suspek berang kerana ibunya yang berumur 40 tahun enggan membenarkan dia menggunakan motosikal Honda C70 miliknya.
Sebelum itu, lelaki terbabit meninggalkan rumah selama tiga hari dan menggunakan motosikal itu tanpa kebenaran ibunya.
Selepas dimarahi dan tidak dibenar menggunakan motosikal itu lagi, dia mengamuk dan mengambil pisau mengugut bunuh ibu dan tiga adiknya di rumah mereka.
Wanita itu kemudiannya menghubungi polis dan anaknya ditahan dua anggota MPV yang sedang melakukan rondaan di kawasan berhampiran.
Hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.