2 maut, kereta bertembung treler

2 maut, kereta bertembung treler

Mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Wee Li, 39, dan Nur Susilawati Che Deraman, 35.

Kereta dinaiki mangsa remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah treler di Lebuhraya Pantai Timur 1 awal pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di KM126 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di Temerloh awal pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi yang dikenali sebagai Tan Wee Li, 39, dan Nur Susilawati Che Deraman, 35.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang treler itu dilaporkan selamat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Sharin Nazmin Ghazali berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dikejarkan ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pada 2.47 pagi.

Katanya, kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kereta itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan treler di LPT1 menghala ke timur.

“Mangsa yang tersepit meninggal dunia dan mayat dikeluarkan enam anggota menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dua mayat itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.