
Sikap suka merantau turut berlaku dalam bidang pendidikan, beliau memberi contoh seorang individu yang kampungnya di Panchor dan terdapat kemudahan sekolah di kawasan itu, tetapi memilih untuk belajar di Kota Bharu.
Katanya, walaupun terdapat kemudahan institusi pendidikan di Kelantan seperti Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, tetapi rakyatnya dilihat lebih suka belajar di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, masalah itu tidak hanya berlaku di Kelantan, tetapi turut melibatkan negeri lain kerana satu kajian mendapati lebih 500,000 rakyat bekerja di luar negara.
Justeru, katanya, kerajaan negeri akan cuba mencari jalan untuk menggalakkan anak Kelantan bekerja di negeri sendiri.
“Ini semua disebabkan sikap dan jika ada keperluan, kita akan bina satu platform untuk memberi maklumat kepada rakyat bagi menarik minat mereka bekerja di negeri sendiri,” katanya menurut laporan Sinar Harian.