
Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) berkata demikian apabila tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan mencelah dalam sesi penggulungan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)
“Minta laluan, biasalah kalau kamu gulung. Orang nak mencelah biasalah. Benda asas.
“Menteri bodoh, goblok,” katanya.
Bagaimanapun, Hamzah bertegas tidak memberi laluan kepada Hanipa ketika beliau sedang menggulung usul itu.
Selepas Hanipa mengeluarkan perkataan bodoh kepada Hamzah, beberapa Ahli Parlimen kerajaan menggesa Ahli Parlimen Sepang itu menarik balik kenyataan tersebut.
Hamzah bagaimanapun berkata, Hanipa tidak perlu menarik balik kenyataan itu tetapi meminta Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun memerintahkan Hanipa keluar dari Dewan Rakyat.
Namun, Azhar tidak berbuat demikian, sebaliknya hanya memberi amaran kepada Hanipa untuk menjaga bahasa digunakan di Dewan Rakyat.
Sementara itu, beberapa Ahli Parlimen Amanah menyerang Ahli Parlimen PAS ketika perbahasan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Sosma.
Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) membidas PAS dengan mengatakan parti itu telah berubah kerana dulu sanggup berbahas sehingga 3 pagi untuk menolak Sosma.
Hujah itu turut disokong oleh Khalid Samad (PH-Shah Alam) yang berkata beliau tidak pelik dengan pendirian PAS itu yang didakwa menyokong usul itu yang didakwa zalim.
Bagaimanapun Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok) mempertahankan pendirian parti itu yang menyokong Sosma kerana berpandangan ia tidak menzalimi mana-mana pihak.