
Katanya, pemberian subsidi kepada golongan bersasar mampu mengurangkan kadar inflasi negara.
“Sebab itu jika dibuat kajian dan ada langkah segera, subsidi digunakan khusus untuk B40, kesan inflasi dapat dikurangkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara yang disiarkan dalam talian.
Pada 18 Julai lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, pihaknya sedang merangka mekanisme sesuai untuk pelaksanaan subsidi bersasar.
Katanya, pelbagai perkara sedang diperincikan berhubung mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar agar peruntukan kerajaan hanya dinikmati mereka yang layak, tidak termasuk warga asing.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin meminta bank komersial mempertimbangkan pemberian pinjaman kepada pengusaha, penanam dan petani bagi meneroka peluang pengeluaran bahan makanan yang diperlukan negara.
“Dengan cara itu, mungkin dapat kurangkan tekanan inflasi penduduk kita, terutamanya b40.”