
Beliau berkata, syarikat seumpama itu perlu disenarai hitam dan dihadapkan ke mahkamah.
“Syarikat-syarikat ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan mesti mengembalikan wang yang dibayar oleh pembeli rumah.
“Senarai hitam (mereka) dan bawa mereka ke mahkamah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad berkata, syarikat-syarikat itu boleh dianggap menipu pembeli kerana mereka menyatakan dalam iklan bahawa projek itu akan disiapkan dalam tempoh lebih kurang tiga tahun, tetapi mereka gagal menepati tarikh akhir.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Azizah Mohd Dun (PN-Beaufort) yang bertanya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu projek perumahan terbengkalai pasca-Covid-19.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ismail Abd Muttalib berkata, tindakan telah pun diambil terhadap syarikat-syarikat tersebut.
Katanya, tindakan syarikat terbabit bukan sahaja menjejaskan pembeli tetapi juga kerajaan, yang terpaksa mengeluarkan dana bagi membayar syarikat lain untuk memulihkan projek terbengkalai.