Ong Ka Chuan nafi terima derma politik daripada UKSB

Ong Ka Chuan nafi terima derma politik daripada UKSB

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, dakwaan yang dibuat "tidak berasas sama sekali".

Bekas setiausaha agung MCA Ong Ka Chuan yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, didakwa menerima wang sebanyak RM920,000 sebagai derma politik oleh saksi mahkamah. (Gambar MCA)
PETALING JAYA:
Bekas setiausaha agung MCA Ong Ka Chuan menafikan menerima derma politik sebanyak RM920,000 seperti yang didakwa saksi dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata dakwaan itu “tidak berasas sama sekali”.

Katanya, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan mereka dan menggesa semua bukti dan butiran mengenai perkara itu diberikan kepada pihak berkuasa dan didedahkan kepada umum.

Seorang lagi bekas menteri dari MCA, Chan Kong Choy, turut didakwa saksi, David Tan, menerima derma politik RM7.8 juta.

Tan, bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd adalah saksi pendakwaan dalam perbicaraan membabitkan bekas menteri dalam negeri dan timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta (RM42 juta) daripada syarikat itu.

Rasuah itu didakwa dibuat berkaitan sistem visa yang dikendalikan oleh syarikat itu.

Awal hari ini, ketua penerangan Umno Shahril Hamdan menafikan menerima RM1.162 juta daripada syarikat berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.