
Beliau berkata, perkara itu juga selaras peraturan yang termaktub mengikut bidang kuasa Jabatan Imigresen, iaitu apabila seseorang itu telah membuat pasport, menjadi tanggungjawab juga kepada individu berkenaan untuk menuntutnya.
“Bukan menjadi bidang kuasa kepada Jabatan Imigresen pula untuk hantar kepada mereka, walaupun diakui mungkin terdapat masalah tertentu yang menyebabkan pasport berkenaan gagal dituntut,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Kita Demi Negara di Dewan Astaka Batu Kurau.
Beberapa media sebelum ini melapokan Jabatan Imigresen memaklumkan terdapat 2,600 pasport yang telah diperbaharui secara dalam talian masih tidak dituntut setakat ini.
Mengulas mengenai program hari ini, Hamzah berkata lebih 2,000 individu telah berdaftar sebagai “Sahabat Kita Demi Negara” berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan khususnya berkaitan isu melibatkan keselamatan negara.