
Berdasarkan senioriti, mereka adalah Yaacob Md Sam, Abdul Karim Abdul Jalil, Suraya Othman, Hanipah Farikullah, Kamaludin Md Said, Nor Bee Ariffin, Has Zanah Mehat, Lee Swee Seng, Azizah Nawawi, Vazeer Alam Mydin Meera, Abu Bakar Jais dan M Nantha Balan.
Minggu lalu, hakim paling kanan Mahkamah Persekutuan, Zawawi Salleh bersara selepas diberi lanjutan enam bulan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Mei lalu, seorang lagi hakim mahkamah tertinggi itu, Zaleha Yusof bersara.
Dua lagi kekosongan akan wujud apabila Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed dan Presiden Mahkamah Rayuan, Rohana Yusuf masing-masing bersara pada Oktober serta November ini.
Ini kerana dua hakim Mahkamah Persekutuan akan dinaikkan pangkat ke dua jawatan pentadbiran itu.
Ini bermakna, empat hakim Mahkamah Rayuan mungkin dipilih untuk mengisi kekosongan di Mahkamah Persekutuan, walaupun tiada apa yang menghalang perdana menteri daripada memilih peguam kanan dari Majlis Peguam.
Berdasarkan prosedur, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat akan bermesyuarat untuk mencadangkan nama yang akan dihantar ke pejabat perdana menteri.
Seperti yang dikehendaki di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong melantik hakim berdasarkan nasihat perdana menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
Seorang bekas ahli JAC berkata, kriteria pemilihan termasuk integriti, kecekapan, pengalaman, kebolehan membuat pertimbangan tepat pada masa dan kemahiran menulis yang baik.
“Senioriti adalah faktor yang akan dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat ke mahkamah tertinggi juga,” kata bekas ahli itu yang enggan dinamakan.
Beliau berkata, JAC lebih cenderung mencari hakim dari dalam badan kehakiman untuk kenaikan pangkat.