
Penganugerahan berkenaan bersempena Hari Ulang Tahun Ke-73 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Fuzi Abdul Razak. DPPN merupakan darjah kebesaran kedua tertinggi dan dihadkan pemberiannya kepada hanya 35 penerima masih hidup, pada satu-satu masa.
Yusuf sebelum ini dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Yang di-Pertua Negeri, pada 2002, dan pernah dianugerahkan gelaran “Datuk Seri”, pada 2014. Syarikatnya merupakan pengimport buah kurma terbesar di negara ini.
Selain itu, dua rakyat Pulau Pinang turut menerima DPPN adalah Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia Wong Siew Hai dan bekas ketua pegawai eksekutif Takaful Malaysia, Hassan Kamil.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, pula akan menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN), membawa gelaran “Datuk Seri”.
Bekas duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Awang Adek Hussin, bekas datuk bandar Seberang Perai, Rozali Mohamud dan ahli patologi terkenal, Bhupinder Jeswant Singh, juga menerima DGPN.
Keseluruhannya, seramai 135 penerima menerima gelaran Datuk dan 24 akan menerima gelaran “Datuk Seri” daripada Fuzi.
Mengumumkan senarai penerima darjah kebesaran, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Law Choo Kiang, berkata penerima darjah kebesaran negeri diberikan kepada 1,380 penerima dalam tempoh empat hari.