
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat, berkata perintah reman berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Dhilip Nair.
“Kedua-dua mereka yang terlibat telah dikenakan perintah reman sambungan selama seminggu, bermula hari ini hingga 28 Julai,” katanya menurut laporan Bernama.
Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang lelaki bekerja sendiri berusia 44 tahun ditemukan maut dengan muka dan kepala mengalami kecederaan, dipercayai diserang menggunakan objek tumpul dan dipukul oleh isterinya.
Suri rumah berusia 36 tahun itu dipercayai membunuh suaminya ketika berada di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Ibu kepada dua orang anak itu kemudiannya ditahan polis di kawasan berhampiran ketika cuba melarikan diri dan rakan lelakinya berusia 52 tahun ditahan di sekitar Majidee hari yang sama.