
“Setakat ini, tiada projek yang ditangguhkan atau dibatalkan dan kementerian masih dalam proses mengenalpasti penjimatan selaras dengan PB 3.1 (Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam).
“Jika sesuatu projek ditangguhkan pelaksanaan, namun kerja awalan termasuk penyediaan reka bentuk, pengambilalihan tanah dan perancangan perolehan masih akan diteruskan,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.
Beliau menegaskan perkara itu susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed pada 18 Jul lalu berkata kerajaan mengambil langkah menangguhkan atau tidak meneruskan mana-mana projek yang belum bermula sebagai langkah penjimatan perbelanjaan awam bagi membolehkan dana disalurkan untuk kesejahteraan rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara.
Katanya, langkah itu sebagai menyahut arahan dikeluarkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bertajuk “Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam”.
Zafrul menjawab pertanyaan Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai senarai projek yang ditangguhkan atau dibatalkan dan jumlah yang disalurkan bagi memberi subsidi kepada golongan sasar.