Rakyat Sabah berhak tahu perkara sebenar isu tuntutan Sulu, kata Anifah

Rakyat Sabah berhak tahu perkara sebenar isu tuntutan Sulu, kata Anifah

Bekas menteri luar Anifah Aman mempersoalkan sama ada keselamatan dan kedaulatan tanah air terancam.

Bekas menteri luar Anifah Aman berkata usul bagi membahaskan isu timbang tara Sulu yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat patut diluluskan.
PETALING JAYA:
Dakwaan berhubung rampasan aset Petronas di Azerbaijan oleh waris Kesultanan Sulu telah menimbulkan persoalan mengenai kedaulatan dan keselamatan Sabah, kata bekas menteri luar Anifah Aman.

Beliau berkata, sungguhpun Kabinet telahpun menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan Petronas turut mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan bahawa asetnya telah dilupus dan dikembalikan, namun rakyat Sabah berhak mengetahui isu sebenar.

“Rampasan dibuat berdasarkan tuntutan yang kami tidak iktiraf. Hakikat bahawa aset itu boleh dirampas sama seperti campur tangan asing, dan tidak menghormati (keputusan kami) tidak mengiktiraf tuntutan Sabah,” katanya dalam kenyataan.

“Apa lagi yang boleh dirampas waris ini dengan bantuan negara asing? Bolehkah mereka merampas tanah di Sabah juga? Apabila perkara itu berlaku, apa yang akan berlaku kepada rakyat Sabah? Adakah rakyat Sabah akan menjadi pengemis di tanah mereka sendiri?

“Ini adalah sesuatu yang mesti kerajaan jelaskan kepada kita semua,” katanya.

Waris Kesultanan Sulu sedang berusaha untuk menuntut bayaran USD14.92 bilion sebagai pampasan susulan penyerahan Sabah kepada Malaysia di bawah perjanjian yang ditandatangani pada 1878.

Walaupun Malaysia telah memberi pampasan kepada waris-waris tersebut apabila ia menjadi penerus perjanjian itu susulan kemerdekaan Sabah dan pembentukan Malaysia pada 1963, bayaran ini – bersamaan RM5,300 setahun – dihentikan pada 2013.

Langkah ini diambil susulan pencerobohan di Lahad Datu, di persisiran pantai Sabah.

Minggu lepas, Petronas menganggap tindakan diambil terhadap dua anak syarikatnya yang menerima notis “Saisie-arret” sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya.

Anifah turut berkata, usul bagi membahaskan isu timbang tara Sulu yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis patut diluluskan.

Isnaraissah digantung dua hari daripada menghadiri persidangan Parlimen selepas diarah keluar Dewan Rakyat oleh Timbalan Speaker, Rashid Hasnon.

Semalam, Azhar sekali lagi menolak usul isu itu dibahaskan Ahli Parlimen.

Azhar berkata, membahaskan usul itu boleh mendedahkan strategi pasukan perundangan kerajaan kepada pihak musuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.