PKR umum barisan kepimpinan baharu

PKR umum barisan kepimpinan baharu

Keputusan pemilihan parti turut menyaksikan gabungan dua kem diundi.

Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli di Kongres Nasional PKR yang diadakan di IDCC, Shah Alam.
SHAH ALAM:
PKR mengumumkan barisan kepimpinan baharunya bagi penggal 2022-2025 dengan kumpulan pemimpin yang seimbang dilihat sejajar dengan Presiden Anwar Ibrahim dan Timbalannya yang baharu, Rafizi Ramli.

“Inilah barisan yang akan membina PKR yang lebih baik…bebas daripada pengkhianat yang pernah berada dalam parti,” kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Saiful Izham Ramli selepas mengumumkan barisan kepimpinan itu.

“Saya harap kita semua (perwakilan) akan pulang dengan harapan baharu PKR yang akan memimpin negara selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15),” katanya di Kongres Nasional PKR di IDCC Shah Alam.

Pemilihan PKR tahun ini telah menyaksikan dua kem berebut kuasa, iaitu di antara penyokong Timbalan Presiden Rafizi Ramli dengan penyokong Presiden Anwar Ibrahim dan juga Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.

Keputusan pemilihan parti turut menyaksikan gabungan dua kem itu diundi.

Empat calon telah dipilih sebagai naib presiden; Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.

Amirudin dilihat sealiran dengan kem Saifuddin manakala Nik Nazmi, Chang dan Aminuddin dilihat berada di kem Rafizi.

Sementara itu, jawatan tertinggi sayap itu kebanyakannya dimenangi kem Saifuddin yang menyaksikan Adam Adli memenangi jawatan Ketua Pemuda PKR dan Fadhlina Sidek memenangi jawatan Ketua Wanita PKR.

Rafizi menewaskan Saifuddin untuk jawatan timbalan presiden, manakala Anwar memenangi jawatan tertinggi itu tanpa dicabar.

  • Pengerusi tetap: Ahmad Kassim
  • Timbalan pengerusi tetap: Mustafa Ghanzafar
  • Presiden: Anwar Ibrahim
  • Timbalan presiden: Rafizi Ramli
  • Naib presiden: Amirudin Shari, Chang Lih Kang, Nik Nazmi Nik Ahmad, Aminuddin Harun
  • Ketua Wanita: Fadhlina Sidek
  • Ketua Pemuda: Adam Adli
  • Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP): Maszlee Malik, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Romli Ishak, Fahmi Zainol, Yahya Mat Sahri, Nurin Aina @ Nor Azrina Surip, Lee Chean Chung, Siti Aishah Shaik Ismail, Syed Ibrahim Syed Noh, Gerald Hans Isac, Simon, Wong Chen, Raiyan Abdul Rahim, Tan Kar Hing, Zahir Hassan, David Cheong, Hee Loy Sian, Amidi Abdul Manan, Elizabeth Wong, Bakhtiar Wan Chik

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.