‘Itu bukan akaun bapa mentua saya,’ kata wanita yang tinggal dalam kereta bersama keluarga

‘Itu bukan akaun bapa mentua saya,’ kata wanita yang tinggal dalam kereta bersama keluarga

Grace Edward menafikan nombor akaun di media sosial kononnya milik bapa mentuanya.

Grace Edward, yang keluarganya meminta bantuan selepas diusir, berkata bapa mentuanya ialah Subramaniam, bukan Arumugan seperti disiarkan di media sosial namun telah dipadamkan.
PETALING JAYA:
Grace Edward bersama keluarganya yang terpaksa tinggal dalam kereta selepas dihalau dari rumah mereka menafikan bahawa nombor akaun bank yang dikongsi di media sosial adalah milik bapa mentuanya.

Nombor akaun sebuah bank tempatan, bersama-sama dengan nama pemegang akaun dikongsi di Facebook bersama dua perenggan, menggambarkan nasibnya dalam bahasa Melayu.

Bagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan.

“Nama bapa mentua saya ialah Subramaniam,” katanya, sambil menolak sebarang kaitan dengan seorang individu bernama “Arumugam” yang dikatakan bapa mentuanya.

“Itu bukan akaunnya.”

Hari ini, FMT melaporkan Edward dan suaminya, Kumar Subramaniam dihalau dari rumah mereka di Puchong, Selangor, pada 29 Jun lalu selepas tidak mampu membayar sewa.

Edward, seorang suri rumah, tidak dapat mencari pekerjaan kerana dia perlu menjaga ibunya berusia 56 tahun yang dirawat di hospital akibat diabetes, kegagalan buah pinggang, dan simptom Covid-19.

Kumar dalam pada itu, sejak diberhentikan, sukar baginya bekerja sebagai mekanik dalam tempoh lama, berikutan kemalangan motosikal dua tahun lalu.

Dia juga tidak dapat meminta bantuan keluarganya akibat pertelingkahan yang berlarutan selama hampir dua dekad.

Keluarga itu sedang mencari bantuan kewangan, pakaian, dan sokongan supaya mereka dapat menghantar anak lelaki mereka ke sekolah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika anda mahu membantu, mesej kami di Whatsapp FMT di Helpline 019-3899839

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.