Guru Kafa disyaki hempas murid dibebas dengan jaminan polis

Guru Kafa disyaki hempas murid dibebas dengan jaminan polis

Ketua Polis Daerah Marang Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi berkata pihaknya telah menjalankan siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan telah merekodkan semua keterangan daripada guru lelaki berkenaan.

Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di sebuah sekolah di Marang dekat sini, dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman tiga hari kerana disyaki menghempas seorang anak murid lelakinya sehingga patah kaki 6 Julai lalu. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU:
Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di sebuah sekolah di Marang dekat sini, yang direman selepas disyaki menghempas seorang anak murid lelakinya hingga patah kaki, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi berkata pihaknya telah menjalankan siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan telah merekodkan semua keterangan daripada guru lelaki itu.

“Bahan bukti juga sudah kita kumpul dan kertas siasatan kita akan serahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya, jadi tak perlu lagi untuk kita reman guru tersebut,” katanya.

Sebelum ini, ibu kepada seorang murid lelaki berusia sembilan tahun mendakwa kaki kanan anaknya patah selepas dihempas ke atas kerusi oleh seorang guru Kafa sewaktu sesi pengajaran, 6 Julai lepas.

Kejadian itu dikatakan berlaku kerana guru Kafa tersebut berang dengan perlakuan murid Tahun Tiga berkenaan di dalam kelas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.