Cadangan triti Malaysia baharu takkan jejas Umno Sabah, kata penganalisis

Cadangan triti Malaysia baharu takkan jejas Umno Sabah, kata penganalisis

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, tidak percaya satu kenyataan boleh menjejaskan peluang Umno di Sabah pada PRU15.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Mohamad Hasan pada bulan lalu mencadangkan kepada BN Sabah untuk mengusulkan Perjanjian Malaysia baharu. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Dua penganalisis berkata, cadangan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Mohamad Hasan berhubung Perjanjian Malaysia baharu tidak akan menjejaskan peluang parti itu di Sabah pada pilihan raya umum ke-15.
James Chin.

James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata, belum ada apa-apa yang konkrit keluar daripada cadangan itu.

Sejak itu, Mohamad dilaporkan berkata, beliau sekadar mengemukakan cadangan dan pihak berkepentingan boleh membuat keputusan menang-menang.

Beberapa pemimpin politik di Sabah dan Sarawak menyifatkan ia sebagai “idea gila”, manakala yang lain berkata, membatalkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sama dengan membubarkan persekutuan Malaysia.

Awang Azman Awang Pawi.

Seorang lagi penganalisis, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, tidak percaya satu kenyataan boleh menjejaskan peluang Umno di Sabah pada PRU15.

Katanya, pengundi mempunyai banyak tuntutan dan sukar mengukur pemikiran mereka atau apa yang mereka mahukan.

Jayum Jawan.

“Tiada satu faktor yang akan mempengaruhi tingkah laku pengundi,” katanya sambil menambah cadangan Mohamad perlu dilihat dalam konteks menjadikan persekutuan berfungsi lebih baik.

Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Jayum Jawan berkata, sentimen mengenai MA63 akan terus membara dari semasa ke semasa, dengan dua negeri di Malaysia Timur mendesak Putrajaya memenuhi tuntutan yang termaktub dalam MA63.

Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih agresif berhubung MA63 kerana mungkin tiada gabungan dominan yang boleh mendapat kuasa selepas PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.