PH perlu menang PRU15 demi selamatkan negara, kata Saifuddin

PH perlu menang PRU15 demi selamatkan negara, kata Saifuddin

Setiausaha agung PKR itu berkata, Kongres Nasional PKR kali ini diadakan dengan matlamat untuk menang PRU15 demi menyelamatkan negara.

Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kongres Nasional PKR kali ini penting untuk menyasarkan kemenangan pada PRU15.
SHAH ALAM:
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan negara akan menghadapi malapetaka dan kerosakan, jika kerajaan hari ini dibiarkan terus berkuasa.

Katanya, Kongres Nasional PKR kali ini adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan dan pucuk pimpinan baharu akan menggalas amanah selepas ini.

Oleh itu, beliau berkata, kongres kali ini penting untuk menyasarkan kemenangan Pakatan Harapan pada PRU15.

“Kongres ini diadakan hanya dengan satu matlamat, iaitu menang dan memimpin kerajaan baharu demi menyelamatkan rakyat mahupun negara, bukan untuk menjadi pembangkang.

“Membiarkan kerajaan sekarang terus berkuasa, apatah lagi sepenggal adalah malapetaka besar dan juga kerosakan negara.

“Kewajipan kita adalah untuk bersiap sedia dengan semua ramuan bagi menjamin kita menerima dulang kemenangan,” katanya ketika berucap dalam Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Ideal.

Semalam, Saifuddin mempertahankan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bukannya beban atau liabiliti parti, sebaliknya beliau adalah pemimpin terbaik dalam mengemudi parti dan Pakatan Harapan menuju PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.