
Ketua Polis Batu Pahat Ismail Dollah berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai kecederaan lampau pada badannya.
“Tiada tanda-tanda mangsa mengalami penderaan kerana tidak mempunyai kesan kecederaan lampau di tubuh badannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat dijerut di lehernya.
Katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan.
Semalam, Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata polis menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 4.55 petang Khamis sebelum menahan ibu mangsa berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.