Ahli Parlimen tuntut ketelusan berkait perundingan dengan Jho Low

Ahli Parlimen tuntut ketelusan berkait perundingan dengan Jho Low

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata Peguam Negara Idrus Harun perlu mengemukakan perincian perundingan bukan sekadar hanya mengesahkan mesyuarat berlaku semata-mata.

Jabatan Peguam Negara mengadakan perundingan dengan wakil Jho Low, kata peguam negara, hari ini.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mendesak Peguam Negara Idrus Harun bersikap telus berhubung perundingan kerajaan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Idrus mesti mengemukakan perincian perundingan, kemudian mengesahkan sahaja adanya perundingan berlaku dengan Jho Low menawarkan penyelesaian, namun ditolak.

Jho Low dikehendaki susulan kaitan dengan skandal penyelewengan 1MDB dilaporkan menawarkan pembayaran RM1.5 bilion sebagai menyelesaikan kes membabitkan dirinya.

Hari ini, Idrus mengesahkan Jabatan Peguam Negara mengadakan perbincangan dengan wakil Jho Low dan tawaran penyelesaian dikemukakan ditolak.

Bagaimanapun, Santiago berkata, “Peguam negara perlu telus dalam keseluruhan proses perundingan dengan menyediakan perincian kronologi kejadian, siapa yang terlibat, tawaran, dan sebab kepada penolakan tawaran dibuat Jho Low.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata, siasatan khas wajar dilaksana dan sekiranya wujud mana-mana elemen jenayah, maka polis mesti dilibatkan.

Terdahulu, bekas peguam negara, Apandi Ali, berkata beliau dihubungi firma guaman berpangkalan di Washington yang mewakili Jho Low, meminta dirinya mengatur mesyuarat dengan Jabatan Peguam Negara, yang diadakan pada Mei.

Apandi berkata, mesyuarat itu membincangkan untuk membawa balik dana yang didakwa diseleweng Jho Low daripada 1MDB. Bagaimanapun, perundingan itu gagal atas alasan tidak diketahuinya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.