Video TikTok subsidi: Tiada tindakan lanjut terhadap bekas senator PKR

Video TikTok subsidi: Tiada tindakan lanjut terhadap bekas senator PKR

Siti Aishah Shaik Ismail berkata ada satu lagi kertas siasatan dibuka dan sedang disiasat SKMM berhubung video sama yang dimuat naik di TikTok.

Terdahulu Siti Aishah Shaik Ismail disiasat polis dipercayai berhubung satu hantaran klip TikTok mengenai isu penarikan subsidi kerajaan.
PETALING JAYA:
Bekas senator PKR Siti Aishah Shaik Ismail berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah mengesahkan tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung isu video TikTok yang dimuat naiknya.

Katanya, hal ini kerana terdapat satu lagi kertas siasatan dibuka dan disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan isu video yang tular itu.

“Suka saya maklumkan bahawa keputusan diambil oleh Bukit Aman hari ini adalah salah satu dari bentuk kematangan penguat kuasa dalam menangani isu yang saya yakin masih ada banyak lagi isu penting yang perlu diselesaikan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Siti Aishah berkata, rakaman percakapan selama 10 minit diambil untuk siasatan berkenaan satu laporan polis dibuat terhadapnya berjalan lancar dan pihaknya sudah memberi kerjasama baik sepanjang siasatan itu.

“Ini adalah kemenangan rakyat, kepada semua jangan lagi kita bimbang dan takut dalam menyuarakan kritikan kita kepada pemerintah sekali pun ia bersifat pahit untuk ditelan.

“Kepada rakyat Malaysia, tahniah saya ucapkan, ayuh bangkit selamatkan negara ini dari terus diratah oleh pemerintah zalim menggunakan ruang demokrasi sebagai alat untuk menutup mulut rakyat daripada bersuara,” katanya.

Terdahulu, Siti Aishah disiasat polis dipercayai berhubung satu hantaran klip TikTok mengenai isu penarikan subsidi kerajaan.

Menerusi klip audio tular dipercayai suara Siti Aishah, dia memaklumkan rumahnya diserbu pegawai SKMM, selain polis juga merampas beberapa barang miliknya yang digunakan untuk membuat rakaman video aplikasi popular itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.