Polis siasat kekecohan mesyuarat bahagian PKR

Polis siasat kekecohan mesyuarat bahagian PKR

Mesyuarat itu melibatkan pemegang jawatan baharu bahagian yang menang dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Seorang ahli PKR membuat laporan berhubung kejadian selepas bahagian Sungai Buloh mengadakan mesyuarat pimpinan pertamanya.
PETALING JAYA:
Polis sedang menyiasat insiden pada mesyuarat bahagian PKR di Kota Damansara malam tadi yang dilaporkan melibatkan seorang anggotanya yang tidak bertugas.

“Kami menerima laporan polis daripada ahli jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat malam tadi kerana dia kecewa dengan kejadian itu,” kata Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid kepada FMT.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini mengenai insiden berlaku selepas PKR bahagian Sungai Buloh menangguhkan mesyuarat pimpinan pertamanya.

Mesyuarat itu melibatkan pemegang jawatan baharu bahagian itu yang menang dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Menurut sumber, berlaku kekecohan pada 9.40 malam apabila seorang anggota polis yang tidak bertugas menceroboh masuk ke dalam bilik mesyuarat tanpa kebenaran.

Pegawai itu didakwa cuba memaksa beberapa ahli jawatankuasa mengikutinya untuk perbincangan di tingkat bawah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.