
Beliau menjangkakan tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyertai salah satu komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan masih menunggu pengumuman rasmi daripada majlis tertinggi PRS.
“Saya sudah memohon menyertai PRS, hanya menunggu majlis tertinggi mengumumkannya. Premier sudah (memberi) restunya. Tidak sepatutnya menjadi masalah,” katanya menurut laporan The Borneo Post.
Jugah menegaskan bahawa beliau sebenarnya telah dijemput oleh jawatankuasa pemilihan PRS untuk menyertai parti itu beberapa bulan lalu.
Bulan lalu, Jugah memberitahu beliau telah mengemukakan permohonan keahliannya untuk menyertai PRS pada Februari tahun ini.
Beliau juga memaklumkan telah dipelawa menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) namun menolaknya kerana lebih berminat kepada PRS dan GPS.
Jugah menang di Parlimen Lubok Antu pada pilihan raya umum 2018 atas tiket bebas. Beliau kemudian menyertai PKR sebelum meninggalkan parti itu pada Jun 2020 dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional.