
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata permohonan itu dibuat bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Polis memperoleh kebenaran lanjutan reman mulai 12 Julai hingga 18 Julai,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Suspek berusia 25 tahun itu yang mula direman 5 Julai lalu berakhir hari ini.
Dalam kejadian 4 Julai lalu, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayinya, Hans Mohd Thakif Amir, ditemui maut dengan kesan luka dipercayai dikelar dan suspek ditahan polis pada 2.45 petang hari sama di kawasan Permas Jaya.
Kelmarin, Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, pihaknya sudah merakam keterangan 11 individu.