Serang dan pukul peniaga, 2 pengasas produk antara 6 ditahan

Serang dan pukul peniaga, 2 pengasas produk antara 6 ditahan

Mereka ditahan berusia 20 hingga 45 tahun selepas beberapa jam terbabit dalam insiden menyerang dan memukul seorang peniaga pagi semalam.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata peniaga wanita berusia 19 tahun didatangi enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga perempuan lalu menyerang serta memukulnya.
PETALING JAYA:
Enam individu termasuk dua pengasas produk wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden menyerang dan memukul seorang peniaga di Jalan Padang Garong, Kota Bharu, awal pagi semalam.

Mereka ditahan berusia 20 hingga 45 tahun selepas beberapa jam terbabit dalam pergaduhan. Turut ditahan ialah dua lelaki masing-masing suami kepada pengasas produk serta dua rakan mereka.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata, dalam kejadian 3 pagi semalam, seorang peniaga wanita berusia 19 tahun didatangi enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga perempuan lalu menyerang serta memukul mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa berada di premis perniagaan miliknya di Jalan Padang Garong sebelum didatangi sekumpulan individu yang menaiki dua kereta.

“Bapa mangsa yang berada di lokasi kejadian berusaha melindungi anaknya turut diserang serta dimaki hamun oleh sekumpulan suspek berkenaan.

“Berdasarkan keterangan saksi dan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis setakat ini menangkap tiga lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 45 tahun,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Rosdi berkata, bagaimanapun, tiga wanita sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan hari ini.

“Manakala tiga lelaki ditahan reman sehingga esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan 323 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangkan kecederaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.