
Menurut Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed, semua suspek berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara, kira-kira 9 malam, Jumaat lepas.
Katanya, semua suspek diserahkan kepada pihaknya hari ini kerana kes itu dilaporkan berlaku di negeri itu (Selangor).
“Semua suspek yang ditahan termasuk pemilik agensi pelancongan itu dan juga isterinya direman hingga 12 Julai mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya, menurut Bernama.
FMT sebelum ini melaporkan polis telah menahan lima individu terbabit dipercayai terlibat memperdayakan bakal jemaah haji itu.