
Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua anggota meninggal dunia ialah Mohd Kamal Ramli dan Muhammad Zaki Johari.
“Pada 10 Julai 2022, lebih kurang 2.30 pagi, pangkalan sementara di kawasan operasi pasukan tersebut telah dilanda ribut kencang.
“Kira-kira 20 minit kemudian, suasana kembali tenang dan pemeriksaan keselamatan dilaksanakan sebelum mendapati kedua-dua anggota itu meninggal dunia akibat ditimpa pokok,” katanya.
Susulan itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) menzahirkan ucapan takziah buat isteri Allahyarham Mohd Kamal iaitu Siti Nafishah Mohd Nasir dan isteri Allahyarham Muhammad Zaki, Nurummi Amirah Chepa serta seluruh ahli keluarga mangsa.
Katanya, TDM akan menghulurkan bantuan sewajarnya dalam memastikan kebajikan keluarga mereka terjaga.
“Jenazah Mohd Kamal akan dikebumikan di Sungai Petani, Kedah manakala Muhammad Zaki, dikebumikan di Chuping, Perlis,” katanya.