
Menurut Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha menuju ke Klang dari Banting.
“Siasatan dijalankan mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan tayar kanan sebuah treler.
“Mangsa berusia lingkungan 30-an itu kemudiannya jatuh lalu termasuk ke bawah treler mengakibatkan dia digilis tayar bahagian belakang treler tersebut,” katanya, menurut Sinar Harian.
Katanya, pemandu treler yang menyedari kejadian kemudian memberhentikan treler yang dipandunya di kiri jalan.
Ahmad Ridhwan berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Fatin Husna Khairuzzaman (Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat) di talian 017-3012621 atau 03-31872222.