
Michelle Kim, 32, memaklumkan, orang kena tahan (OKT) yang juga abangnya, Kim Shih Keat, 36, telah dijatuhi hukuman tujuh hari penjara beserta denda sebanyak RM15,000 dengan penggantungan lesen memandu selama dua tahun.
“Ketika dalam perjalanan bersama keluarga menuju ke Penjara Kluang pada 28 Jun, saya menerima panggilan daripada pengurus kematian memaklumkan abang saya telah meninggal dunia pada 10 pagi.
“Kami terus ke Hospital Kluang dan setibanya di hospital, keluarga mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan cakar di bahagian badan dan tangan abang saya,” katanya menurut Kosmo.
Dalam pada itu, Michelle telah membuat laporan polis kerana keluarganya masih belum dimaklumkan berhubung punca sebenar kematian abangnya.
Sementara itu, Ketua Polis Kluang Abdul Razak Abdullah Sani, mengesahkannya pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung kejadian terbabit.
“Ketika ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun pihak polis sedang menunggu keputusan laporan kimia untuk mengenalpasti punca sebenar kematian,” katanya.