Bekas PM Jepun ditembak ketika berucap

Bekas PM Jepun ditembak ketika berucap

Shinzo Abe dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Shinzo Abe menjadi perdana menteri Jepun dari Disember 2012 hingga September 2020. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe dilapor dikejarkan ke hospital setelah ditembak pada satu acara di barat Jepun hari ini.

Saksi mendakwa mendengar bunyi tembakan ketika Abe berucap pada kempen pemilihan Parlimen di Nara.

Menurut agensi penyiaran awam Jepun NHK, seorang suspek yang ditahan di lokasi kejadian dikatakan menembak Abe dari belakang menggunakan senapang patah.

Abe, 67, dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan tiada tanda vital dikesan setelah jantungnya terhenti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.