Angkara pesakit mental, 3 rumah musnah terbakar

Angkara pesakit mental, 3 rumah musnah terbakar

Mangsa, Mohd Syahid Sipri kerugian RM20,000 selepas semua pakaian terpakai musnah dalam kejadian itu disyaki dilakukan bapa saudaranya yang menghidap masalah mental.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.17 tengah hari dan seramai 22 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.
PETALING JAYA:
Tiga rumah musnah dalam kebakaran dipercayai angkara seorang lelaki yang menghidap masalah mental dalam kejadian di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.17 tengah hari dan seramai 22 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, bomba berjaya mengawal kebakaran yang menyebabkan kemusnahan rumah hampir 80%.

“Punca kebakaran serta kerugian dialami mangsa masih dalam siasatan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Sementara itu, seorang mangsa yang juga peniaga pakaian terpakai, Mohd Syahid Sipri, 32, berkata, kejadian itu menyebabkan dia kerugian RM20,000 selepas semua barangan perniagaan musnah.

Menceritakan lebih lanjut, katanya, dia hanya menyedari kejadian itu pada 1 tengah hari selepas pulang daripada berniaga di kawasan Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

“Ketika tiba di rumah yang dijadikan sebagai stor simpanan pakaian bundle itu, saya melihat kepulan asap keluar dari arah ruang tamu dan mendapati bapa saudaranya terperangkap dalam rumah.

“Saya cuba masuk melalui pintu utama, namun ia berkunci dari dalam. Semasa api mula marak, saya melihat bapa saudara telah keluar sendiri dari rumah melalui pintu tersebut.

“Saya mengesyaki dia membakar barangan di dalam rumah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.