Gereja Katolik di Keningau diceroboh

Gereja Katolik di Keningau diceroboh

Keuskupan Keningau dalam kenyataan berkata individu tidak dikenali itu telah merosakkan patung serta salib milik Gereja Katedral St Francis Xavier.

Anggota polis menjalankan siasatan di Gereja Katedral St Francis Xavier, Keningau, Sabah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sebuah gereja Katolik di Keningau, Sabah, dilaporkan diceroboh individu tidak dikenali pagi tadi.

Keuskupan Keningau dalam kenyataan berkata individu terbabit telah merosakkan patung serta salib milik Gereja Katedral St Francis Xavier dalam kejadian sekitar 7.30 pagi tadi.

“Orang awam diharapkan bersabar dan berhenti membuat spekulasi serta andaian tidak tepat berhubung insiden ini kerana pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian,” katanya di Facebook.

Katanya, bahagian siasatan jenayah polis daerah menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Ketua Polis Keningau, Nor Rafidah Kasim, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyatan berhubung kejadian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.