
Katanya, keadaan itu menimbulkan sedikit masalah kerana kerajaan hanya boleh membantu membina semula rumah di kawasan tanah bergeran.
Selain itu, beliau berkata, keadaan sungai di situ juga semakin cetek sehingga air melimpah dan mengundang lebih bahaya, sekiranya rumah baharu dibina di kawasan sama.
“Saya difahamkan kebanyakan rumah yang hanyut itu memang tak ada geran. Kalau mereka ada tanah milik di tempat lain, lebih mudah untuk kerajaan bantu bina rumah.
“Jika tidak, kena cari tapak dahulu dan proses itu mungkin agak lambat. Kalau bantuan kerajaan, memang perlu ada geran dan tanah bermilik tetapi kalau tidak ada, kita akan usahakan sama-sama,” katanya menurut Kosmo.
Sanusi berkata, hasil laporan diterima, terdapat 15 rumah hanyut dan musnah sehingga tidak lagi boleh diduduki di Kampung Iboi.