‘Dia mangsa keadaan’, rakan sekerja dakwa pelayan wanita dipeluk ‘pelanggan terlanjur’

‘Dia mangsa keadaan’, rakan sekerja dakwa pelayan wanita dipeluk ‘pelanggan terlanjur’

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu sudah mengambil keterangan pelayan wanita berusia 35 tahun itu.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) menyerbu kedai makan di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu susulan tular video dua pelanggan memeluk bahu dan pinggang seorang wanita.
PETALING JAYA:
Rakan sekerja kepada pelayan restoran yang tular dipeluk lelaki meluahkan kekecewaan kerana mendakwa wanita itu teraniaya disebabkan keterlanjuran beberapa pelanggan.

“Dia mangsa keadaan, orang lain buat hal, kami yang kena,” katanya sambil memaklumkan wanita itu juga terpaksa mengambil cuti selepas video tersebut tular di media sosial.

“Tidak pasal-pasal terpaksa bercuti untuk sibuk menguruskan hal ini (memberi keterangan kepada pihak berkuasa),” katanya menurut Utusan Malaysia.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) sudah menyerbu kedai makan di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu, susulan tular video dua pelanggan memeluk bahu dan pinggang seorang wanita.

Serbuan itu juga dipercayai bertujuan mengambil keterangan wanita berusia 35 tahun berkenaan bagi melengkapkan siasatan.

Terdahulu, media melaporkan JHEAT akan mengambil tindakan terhadap individu terlibat dalam klip video aksi tidak sopan di sebuah kedai makan di Setiu, yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.